Monday, April 25, 2011

Siapa la kita di dunia ini...

Siapakah orang yang sibuk? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s .

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Wednesday, April 20, 2011

erk, xde idea...

Dialog antara 2 sahabat Abu dan Bakar..

Abu   : aku xde idea la nak tulis apa dalam blog aku ni....
Bakar: dah tu wat pe ko buat blog ni?
Abu   : saja2 je, buang masa, kongsi sesuatu...
Bakar: ish2, ada je keje lain yang berfaedah...
Abu   : keje apa?

Sunday, April 17, 2011

Jangan Terlalu Susah Hati....

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita. 

Jangan 
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Wednesday, April 13, 2011

Pemakanan ikut cara Rasulullah SAW

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. 

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?.
Gerenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Saturday, April 9, 2011

Ku merepek di lebuhraya

Biarkanlah aku merepek
Asalkan dapat tulis satu post hari ni
Merepek bukan kerana membuang masa
Tapi kerana membuang bosan
Tetapi bila pikir balik
Sebenarnya banyak perkara boleh buat
Perkara yang membawa kebaikan kepada sendiri dan orang lain

Tapi yang sebenar-benarnya
Tajuk ni ditulis semasa saya dalam kereta
Duduk dengar radio perak fm
Sedang layan lagu Pak Ude
Sedap lagunya sambil belajar loghat perak
Sambil tu tulis blog dalam kereta
Dalam smartphone yang diisi dengan simkad broadband

Merentas lebuhraya plus masa hujan
Menuju ke destinasi yang dituju
Semoga selamat perjalanan ini
Sekian



Terima kasihlah kerna sudi membaca
Hahaha
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, April 5, 2011

Musim durian kah?

Tiba tiba rasa macam musim durian je sekarang ni...
ataupun durian dah takde musim.....
rasa macam tiap-tiap musim ada je durian.....
ramai pulak yang jual durian masa ni....
Apa apa pun jom kita layan lagu Durian oleh Mr Os...haha


Bestkan lagu kat atas nih....
Nanti cubala makan durian sambil dengar lagu ni....mesti layann...haha

Friday, April 1, 2011

Sejarah sebenar 'April Fools'

Anda pernah dengar 'April Fools'?
April Fools disambut setiap 1 April setiap tahun, dan disambut dengan usikan atau gurauan (fools) terhadap orang lain, selepas itu diucapkan dengan perkataan 'April fools!!' (kalo korang tengok citer atau kartun orang putih macam tu la budaya april fool)....
funny joke on april fool

Umat Islam janganlah sambut April Fool ini...
Kenapa?