Sunday, April 17, 2011

Jangan Terlalu Susah Hati....

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita. 

Jangan 
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).



Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan 
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan. 

Jangan 
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa. 

Jangan 
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.. 

Jangan 
mengumpat sesama rakan taulan. 
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia. 

Jangan 
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula. 

Jangan 
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita. 

Jangan 
banyak ketawa. 
Nanti mati jiwa. 

Jangan 
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita. 

Jangan 
suka menganiaya manusia atau haiwan. 
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH. 

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. 

Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


No comments :

Post a Comment

Comment here (Komen di sini) :