April Fools disambut setiap 1 April setiap tahun, dan disambut dengan usikan atau gurauan (fools) terhadap orang lain, selepas itu diucapkan dengan perkataan 'April fools!!' (kalo korang tengok citer atau kartun orang putih macam tu la budaya april fool)....
Umat Islam janganlah sambut April Fool ini...
Kenapa?
April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak di Granada, Sepanyol. Punca kejatuhan kerana diserang oleh tentera kristian.
Sebab dan ringkasan sejarahnya adalah:
- Sewaktu kejatuhan tersebut, Orang Islam masih berlindung disana untuk menyelamatkan diri.
- Tentera Kristian masih tidak berpuas hati kerana masih ada saki baki orang Islam disana.
- Oleh itu mereka menipu orang2 islam ini dengan memberitahu mereka bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
- Mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.
- Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.
- Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu.
- Orang Islam juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.
Oleh itu orang Islam tidak perlu la ikut sama meraikannya, ia seperti meraikan kekalahan orang islam itu sendiri.
Rujukan: http://norlitasda.blogspot.com/2011/03/jangan-sambut-april-fools-day.html
http://www.mykhilafah.com/artikel/2070-april-fool-hari-umat-islam-dibunuh
http://www.mykhilafah.com/artikel/2070-april-fool-hari-umat-islam-dibunuh
No comments :
Post a Comment
Comment here (Komen di sini) :