Friday, November 18, 2011

teringin...

teringin ku update blog ni...
tiap hari..
atau tiap minggu..
masanya ada...tapi...

Sunday, September 11, 2011

Nyan Cat

jom relax dan buang mase dgn dengar mende kt bwh ni....wakakaka :p


Lirik : 
Nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan  
nyan nyan nyan nyan nyan (smpai abis :p)
Nyanyanyanyanyanyanya !!

the origin of nyan cat  = http://en.wikipedia.org/wiki/Nyan_Cat

Wednesday, September 7, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Selamat hari raya Aidilfitri di bulan Syawal ini pada tahun 1432 Hijrah, 2011 Masihi,
Maaf zahir dan Batin kepada sesiapa yg membaca post ni,
dan kepada yang mengenali manusia yang menulis blog ini...
sekian, terima kasih kerana membaca blog ini...
^-^
*ps: rasanya tidak terlambat utk ucapan ini, selagi masih lagi di dalam bulan syawal...hehe

Wednesday, August 17, 2011

Pak Belalang - Terawih version ^_^


Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba.


Pak Belalang: Silakan Nujum Masai.


Nujum Masai: Apakah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?


Pak Belalang: Ah, itu senang saja. Jawabnya Terawih!!


Nujum Masai: Jelaskan.


Pak Belalang: 1- Banyak2" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih. 2-sikit2" minggu kedua sudah sedikit org dtg terawih. 3-kaddang2" pd minggu ketiga kadang2 saja org akan dtg tarawih, & 4-jarang2" pd minggu keempat jarang2 jumpa org dtg terawih.


ps: betul sgt jawapan tuan hamba itu...ish3 :p




Friday, August 5, 2011

Ramadhan 2011

Bulan Ramadhan sudah menjelma,
sebenar nya dah masuk miggu kedua, :p
berbuka mkan kurma
lepas makan mesti sendawa

Bulan Ramadhan penuh rahmat
bulan yang mulia dan penuh keberkatan
pegi bazaar perlu berjimat
pembaziran perlu dielakkan

hmmm..sudah la..xde idea nk tulis...hehe
dalam bulan pose ni, banyakkanlah ibadah, kurangkan kontroversi...
Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan

Wednesday, June 15, 2011

Mengapa mengeluh? Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya

sadman.jpgKita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

Kita bertanya     : Kenapa aku diuji?
Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.

Kita bertanya     : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.

Kita bertanya     : Kenapa ujian seberat ini?

Monday, April 25, 2011

Siapa la kita di dunia ini...

Siapakah orang yang sibuk? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s .

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Wednesday, April 20, 2011

erk, xde idea...

Dialog antara 2 sahabat Abu dan Bakar..

Abu   : aku xde idea la nak tulis apa dalam blog aku ni....
Bakar: dah tu wat pe ko buat blog ni?
Abu   : saja2 je, buang masa, kongsi sesuatu...
Bakar: ish2, ada je keje lain yang berfaedah...
Abu   : keje apa?

Sunday, April 17, 2011

Jangan Terlalu Susah Hati....

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita. 

Jangan 
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Wednesday, April 13, 2011

Pemakanan ikut cara Rasulullah SAW

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. 

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?.
Gerenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Saturday, April 9, 2011

Ku merepek di lebuhraya

Biarkanlah aku merepek
Asalkan dapat tulis satu post hari ni
Merepek bukan kerana membuang masa
Tapi kerana membuang bosan
Tetapi bila pikir balik
Sebenarnya banyak perkara boleh buat
Perkara yang membawa kebaikan kepada sendiri dan orang lain

Tapi yang sebenar-benarnya
Tajuk ni ditulis semasa saya dalam kereta
Duduk dengar radio perak fm
Sedang layan lagu Pak Ude
Sedap lagunya sambil belajar loghat perak
Sambil tu tulis blog dalam kereta
Dalam smartphone yang diisi dengan simkad broadband

Merentas lebuhraya plus masa hujan
Menuju ke destinasi yang dituju
Semoga selamat perjalanan ini
Sekian



Terima kasihlah kerna sudi membaca
Hahaha
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, April 5, 2011

Musim durian kah?

Tiba tiba rasa macam musim durian je sekarang ni...
ataupun durian dah takde musim.....
rasa macam tiap-tiap musim ada je durian.....
ramai pulak yang jual durian masa ni....
Apa apa pun jom kita layan lagu Durian oleh Mr Os...haha


Bestkan lagu kat atas nih....
Nanti cubala makan durian sambil dengar lagu ni....mesti layann...haha

Friday, April 1, 2011

Sejarah sebenar 'April Fools'

Anda pernah dengar 'April Fools'?
April Fools disambut setiap 1 April setiap tahun, dan disambut dengan usikan atau gurauan (fools) terhadap orang lain, selepas itu diucapkan dengan perkataan 'April fools!!' (kalo korang tengok citer atau kartun orang putih macam tu la budaya april fool)....
funny joke on april fool

Umat Islam janganlah sambut April Fool ini...
Kenapa?

Tuesday, March 29, 2011

Ucapan 'Selamat Hari Jadi' dalam pelbagai bahasa

Selamat hari jadi, Happy birthday, biasa dah dengar,
mari kita cuba guna bahasa lain pulak...
kat bawah ni senarai ucapan selamat hari jadi dalam pelbagai bahasa.....

Saturday, March 12, 2011

Bermulanya aku dengan fb (Facebook)

Facebook atau singkatannya FB telah menjadi kegilaan orang ramai kini...
Ni nak citer mcm mana saya terjebak dengan FB nih...
Mula pada Ogos 2008, sebabnya nak tengok gambar kahwin sepupu aku ...sbb dia letak kat fb..
Jadi secara tidak sengaja terbuat la akaun fb….dapatla tengok gambar kenduri kahwin dia..
Lepas selesai tengok semua gambar...tak bukak dah fb hampir setahun!...
sebab masa tu memang fb membosankan, tak banyak member2 yang join fb.....
masa tu layan Friendster lagi......tak layan pun selain dari itu...
gambar dari arhive facebook

Lepas tu mula pertengahan tahun 2009, masa tu ramai kawan2 join fb....
Friendster yang dulunya sesak, dah jadi lengang....sebab ramai yang dah bukak fb...
masa tu memang sibuk melayan kerenah kawan2....
main quiz, komen, tag gambar, macam2....haha
lepas tu terjebak plak dengan game di fb seperti Mafia wars, Farmville, Cityville...dll
sekarang ni pun  kalau dah takde keje masih lagi main game kat fb...
tengok post2 friend, group yang lain...
tu jer, dah takde idea nak tulis .....:P

Sunday, March 6, 2011

Salah siapa? by KRU

mahu share lagu ni yang sedap didengar bagi saya...
 lagu yang bercerita mengenai satu senario kehidupan yg terjadi di dalam komuniti masyarakat kita...
dengarlah...

KRU-Salah Siapa
Senja menjelma tiba
Bermulalah lagi sandiwara
Tak mengenal dosa
Gadis awal belasan
Mesranya di dalam dakapan
Tahukah kau namanya?

Kerna kebebasan menjamin kepuasan
Berlaku terhina
Tidakkah kau sedar dengan pembalasan Tuhan
(chorus)
Salah siapa sering di tanya
Salah mereka atau kau saja?
Salah siapa apa terjadi
Kau penentunya jalan hidup sendiri

Merenung kembali onak kehidupan ini
Tak siapa bisa lari dari masalah diri
Dunia realiti
Bagi mereka yang terleka pastinya akan terjerat
Dan pastinya akan tersekat
Bolehkah kau sedar apabila kukata
Yang bagimu bagaikan perkara biasa
Bertemankan dosa
Jadi janganlah kau kata itu salah mereka

Senario kehidupan pohon neon merah menyinarkan
kesesatan insan
Walau berkali di tegur
Walau berkali kau di hina
Alasan kau telah dewasa

Manakah hilangnya maruah bangsa? 
Pegangan agama?
 
(chorus)

Lihatlah lihatlah apa yang ada di tanganmu
Kenapakah pula semua temanmu kini membisu?
Dulu bersama walaupun di mana saja
Kini kau berbadan dua ayahnya entah siapa
Katakan ke manakan kau lari?
Manakan kau cari harga diri yang tinggal hanya secebis mimpi
Sekarang siapa rugi?
Adakah mereka ataupun diri sendiri? 
___________________________________

Wednesday, March 2, 2011

Monday, January 24, 2011

2011

Selamat Tahun Baru Masihi...
Sangat la lambat untuk diucapkan...
Tapi masih lagi bulan 1, 2011....
lepas ni bulan 2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12...
Kemudian Selamat Tahun Baru Masihi 2012...
Tarikh nombor 1 yang paling best dalam tahun 2011:
1.1.11 ----hari sabtu
11.1.11 ---hari selasa
1.11.11 ---hari selasa
11.11.11 ---hari jumaat
haha...semuanya nombor 1...:P
rasanya mungkin xde la kenduri kawen pada tarikh kat atas kecuali 1.1.11...
sebab semuanya hari kerja....hehe
Selamat menjalani tahun ini dengan maju jayanya..
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...:)